Tuesday, April 14, 2015

To be or not to be..

Hari-hari mengadap keje..

Balik sampai rumah dah pukul 7..anak-anak ajak main..tapi badan kita dah penat..otak dah tak larat..mulela rasa nak marah..yang jadik mangsa siapa kalau bukan anak-anak kan..

Silap-silap laki bini pun boleh bergaduh kalau dah kepenatan sangat..

Situasi ini yang nak saya elakkan..nak saya atasi..saya nak sentiasa ada dengan anak-anak..membesar depan mata..boleh mengajar ilmu dunia akhirat..

Anda macamana? 
Nak elak tak situasi ni? 

Tinggalkan no hp kat ruangan komen..

Impian menjadi WAHM rasanya impian setiap perempuan 😊

Saturday, April 11, 2015

Bila waktu yang sesuai untuk start buat stok EBM?



Menyusukan bayi ketika dalam tempoh berpantang memang seronok. 
Laju je susu badan  keluar mencurah-curah dan ibu boleh susukan anak pada bila-bila masa sahaja. 

Namun harus diingat! Bagi mommies yang akan kembali bekerja lepas cuti bersalin 60/90 hari, jangan buat-buat lupa pentingnya anda membuat persediaan untuk kembali bekerja.

Membuat stok susu ibu (EBM) adalah menda WAJIB yang mesti difikirkan oleh ibu bekerja. Jangan terlalu asyik menyusukan anak secara direct feeding sampaikan terlupa nak mengepam susu untuk stok EBM anda. Lainlah anda memang seorang WAHM/SAHM.

Sebaik-baiknya kan, ibu perlu mula mengepam susu untuk dibuat stok selepas tiga hari melahirkan bayi. Iye! 3 hari lepas bersalin dah boleh start buat stok, percayalah :)

Kalau nak senang kerja, tetapkan sesi untuk pam setiap 3 jam sekali.
Jangan terlampau risaukan susu takde kerana anak baru sahaja menyusu kerana sebenarnya susu lebih banyak diperoleh apabila dipam selepas anak menghisap susu ibu.

Bagaimanapun ada juga mommies yang tak buat apa-apa preparation pun nak buat stok ni. Maksudnya bila dah nak dekat sangat naik kerja, barulah nak start pam susu kerana selama tempoh berpantang langsung tu takde rasa nak buat stok pun. Masa tu mulelah kelam kelibut kan.

Relax! Sila bertenang. Jangan cepat sangat berputus asa untuk memberikan fm (formula milk) kepada baby anda. Ada jalan penyelesaiannya tetapi ibu mesti bersedia fizikal dan mental sbb agak perlu berkorban sedikit dari segi masa dan waktu rehat.

Persediaan seminggu sebelum kembali bekerja.

Pam kedua belah cik B setiap tiga jam sekali. 
Contohnya jika kita dapat 2 oz untuk setiap belah bermakna sudah ada 4 oz untuk satu sesi mengepam. 
Sekiranya kita mengepam sebanyak 5 kali sehari bermakna sudah ada 20 oz stok susu yang berjaya dikumpul sehari. Hebat kan?!

Amalkan rutin ni selama seminggu sebelum kembali bekerja. Hasilnya korang boleh mengumpul sebanyak 140 oz dalam masa seminggu (sekiranya jumlah susu yang dipam konsisten sama setiap kali mengepam). Gigih sangat demi anak yang tersayang kan..

Kebiasaannya bayi yang berusia dua hingga tiga bulan minum susu sebanyak 2 oz – 3 oz sehari sebanyak lima kali. 
Sekiranya anak anda minum 3 oz sehari bermakna anda perlu menyediakan sebanyak 15 oz sehari untuk stok susunya.
Untuk pengetahuan ibu, susu perahan boleh dicampur dalam masa 24 jam.
Tapi please make sure EBM yang nak dicampur tu berada dalam suhu sejuk yang sama ok. Kalau suhu tak sama, tak boleh mix kan.

Kemudian, simpan 3 oz sebotol untuk lima botol bagi stok sehari di rumah pengasuh.
Stok selebihnya korang simpan dalam bahagian dingin beku peti sejuk (belah atas or belah bawah : ikutla design fridge korang) dan pastikan korang pam dengan konsisten masa kat opis bagi membuat stok EBM terus bertambah. 
Contohnya, boleh pam pukul 11, lepas zuhur dan before balik kerja.

Paham tak setakat ni?
Kalau agak-agak masih blur, boleh refer dengan saya.
Jangan malu, jangan segan.

Kita sama-sama belajar, ilmu pun milik Allah. Baik kita berkongsi-kongsi kan?
Baru bahagia dunya akhirat.

Monday, April 06, 2015

Tips elak SEMBELIT dalam Pantang

Phew! tulis blog sambil meriba anak yg berusia 34 hari mmg mencabar. 
Tapi demi nk share kebaikan set pantang shaklee, sy teruskan jua..chewah!

Saya mmg amalkan pengambilan supplemen SHAKLEE ni sejak pregnant lagi..mmg terasa keberkesanannya..sy jadik x cpt letih..lebih sihat dan bertenaga..dr situ, sy pun amek kptsn utk jadik ahli SHAKLEE..senang sgt nk jadik ahli..bayar RM65 dh boleh dpt kit permulaan tu..yg penting leh bli produk SHAKLEE dgn harga jauh lebih murah..

Sy bersalin caesar, jadik..tempoh pemulihan agak lmbt berbanding rakan2 yg bersalin normal..tp alhamdulillah..dgn pengambilan zinc SHAKLEE secara konsisten, sy pulih lebih cepat..boleh buat kerja rumah..masak..mengemas..cuma sy masih x berani nk buat kerja2 berat mcm mop..bersihkan toilet ke..

Sy ambik sekali dgn ESP..utk milk booster..takut production drop lebih2 lagi di bulan puasa ni..

ok..cukupla testi diri sendiri ni..hehe..kita baca apa specialnya set pantang ni pulak ok :)

Apa keistimewaannya?

1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Adanya alfalfa sebagai medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtogue iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini. Ibu menjadi lebih tenang dlm menghadapi stress spt tangisan dan ragam bayi yg baru lahir.

5. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Faham-faham sahajalah cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.


6. Ostematrix - elakkan sembelit! Hehe
Takyah lelama dah dok dalam toilet tu..



Sila2la LIKE page FB saya --- https://www.facebook.com/pages/Ummirifqy/149502748562160

and kalau ada sebarang pertanyaan pasal produk SHAKLEE, SMS je saya..nnti zass..pertanyaan anda akan terjawab..


012 380 3643

xoxo


jemput layan video sahabat ni, bebas sembelit dengan pengamalan supplement shaklee :)
                   

Sunday, March 01, 2015

ESP | Kenapa perlu pilih soya non GMO


ESP shaklee ni tak sama macam soya lain di pasaran

Nak tau kenapa?  Sebabya esp ni NON GMO..

Mesti ada yang nak tau kan apa bezanya..

Samalah macam saya, nak tahu apa bezanya GMO dgn non GMO..

APA itu GMO ?

GMO  bermaksud ” Genetically Modified Organisma . Ia biasanya merujuk kepada makanan yang telah diubahsuai genetiknya atas sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kesihatan atau makanan . 

Untuk mengenal makanan GMO anda juga boleh melihat istilah GE atau istilah seperti genetik diubah  atau diubahsuai secara genetik atau juga secara genetik bertambah baik untuk makanan ini.

Produk2 GMO ni boleh menyebabkan alergy, toxic, potensi kanser.

Lebih lebih lagi zaman sekarang ni.. produk2 GMO mmg dah makin banyak di pasaran sbb tu mcm2 penyakit sekarang.. 
Contohnya : penyakit berkaitan kanser dan allergic.. 

Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya.. 

So saya nasihatkan, lepas ni kalau korang nak beli protein dari sumber soya.. 
Tolong pastikan korang baca dulu labelnya, pilih produk yg berlabel NonGMO ya.

Kena make sure apa yang masuk dalam badan kita betul2..jangan semuanya nak telan je..hehehe (peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya).

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isoflavones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.
Untuk lebih info, boleh sms/whatsapp saya di 0123803643

Saturday, February 28, 2015

Sembuh dari Denggi dengan pengambilan Supplemen

 Sembuh dari Denggi dengan pengambilan Supplemen


Pengambilan supplemen sangatlah disyorkan kepada mereka yang diserang demam denggi.


Anda juga boleh mencuba suplemen tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. 
Performance Drinks Shaklee (539 gram) dapat membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. 
 
Ujian makmal menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:


  1. Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
  2. hidrasi
  3. Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
  4. kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul) 
  5. Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
    keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
 
Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh).
Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. 

TERBUKTI SECARA KLINIKAL:
 
1) Membantu tubuh berhidrasi dengan lebih baik berbanding air!
2) Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina (sila rujuk graf)
3) Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH ‘DEHYDRATE’
4) Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet yang ditambah
5) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari. Ia terdiri daripada campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Fungsi karbohidrat dalam PD ini membantu menggantikan semula tenaga yang hilang.



Disamping itu, pengambilan Nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. 

Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. 

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.
Memang solusi terbaik untuk demam denggi!


Berminat ? Sila sms/whatsapp di 012 3803643

Jom Rawat Denggi | Rawat tanpa Ubat

Masalah demam denggi ni dah makin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Risau sangat kalau anak-anak or suami kita dijangkiti demam denggi, lebih-lebih lagi ada berita baru-baru ini yang maklumkan, denggi sekarang boleh menyebabkan kerosakan hati dan otak.  Nauzubillah mintak dijauhkan. 


APA ITU DEMAM DENGGI
 
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. 

Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. 
Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. 
Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

 
KENALI TANDA-TANDA DIJANGKITI DEMAM DENGGI

  1. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  2. Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  3. Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  4. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  5. Muntah dan kurang selera makan 


BAGAIMANA CARA UNTUK MENCEGAH DENGGI?
 Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:


Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
 Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
 
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit. 

Jom kita baca antara petua untuk merawat demam denggi:

Minum air masak

Wajib minum air masak sebanyak yang boleh. Kalau kena tahan wad pun nanti doktor akan suruh jururawat masukkan air juga dalam badan juga.

Sup ketam

Tak kisahlah ketam nipah atau ketam laut. 
Masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam itu. Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platlet darah yang hilang akibat virus denggi. Sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.

Jus daun betik

Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Bancuh dengan segelas air dan minum. Rasanya memang pahit. Tapi nak sembuhkan? Pahit itu penawar sebenarnya.

Jus kurma

Blend kurma 10 - 20  biji bersama segelas air suam. Minumlah segelas pada waktu pagi, petang setiap hari sehingga sembuh.

Tembikai merah

Makan tembikai merah banyak-banyak. Wah! petua ni memang best. Siapa penggemar tembikai pasti sukakannya.


Di sini juga saya ingin kongsikan apa kata pakar nutrisi SHAKLEE kami mengenai cara untuk merawat denggi tanpa ubat.


Jika berminat untuk mendapatkan SET DENGGI ini, sila sms/ whatsapp saya di 0123803643

Terima kasih



              
Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.

Monday, February 23, 2015

Tips Elak Kaki Cramp sewaktu Hamil | Oh NO!


Masalah kejang kaki sewaktu hamil adalah normal bagi kebanyakan ibu. 

Dan kebiasaannya masalah ini dibiarkan begitu sahaja atau dalam makna lain, tahan ajelah sakit tu..

Di sini saya kongsikan antara tips untuk mengelak dari terkena kejang kaki.

Pemilihan kasut

Penggunaan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Dalam pada itu, gunakan juga stokin sokongan yang boleh membantu anda daripada mengalami kekejangan.

Saya masa pregnant dulu, cuma pakai 2 brand ni je..iaitu Crocs and Scholl

Memang sgt selesa, nak shopping lama-lama pun boleh je lagi, sebab kaki selesa.

Senaman regangan

Amalkan untuk membuat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh melakukannya dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan.

Banyakkan pergerakan

Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yang agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.

Bila di pejabat, elakkan drpd duduk terlalu lama.Ini boleh menyebabkan rasa kebas pada kaki anda.

Jalan-jalan di kawasan sekitar, lawat jiran cubicle sebelah sambil-sambil tanya khabar.

Suplemen kalsium

Amalkan pengambilan suplemen kalsium setiap hari. Sebaik-baiknya ambil suplemen ini sebelum waktu tidur.

Saya mengamalkan pengambilan ostematrix 4 biji sehari.

Memang rasa lebih bertenaga bila bangun pagi. Yang paling berbeza sekali, saya cuma kena simpul biawak sekali sahaja kalau nak banding masa pregnant anak pertama dulu.

Dan saya teruskan sampailah ketika dalam pantang. Oste ni sangat membantu untuk elakkan masalah sembelit. So semuanya lebih lawasss..

Tinggikan kaki

Alas kaki dengan bantal ketika tidur. Jadi anda dapat meninggikan paras kaki berbanding badan.