Wednesday, December 17, 2014

Gout dan Puncanya


Haihhh..Tak seronoknya kalau tak boleh makan seafood..

Selalu dgr selain yg mmg allergic dgn seafood, dorg yg ada gout pun disarankan utk hindari seafood.

Pemakanan yang tak terkawal boleh mengundang pelbagai jenis penyakit termasuklah gout.

Tapi apa sebenarnya PUNCA penyakit gout ni?

GOUT adalah sakit yang melibatkan sendi-sendi kecil pada kaki dan tangan.

Paling biasa berlaku pada sendi-sendi jari kaki dan tangan tetapi boleh juga berlaku di pergelangan tangan, siku dan lutut.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah dan apabila tahap asid urik ini terus meningkat, sebahagiannya membentuk kristal pada bahagian sendi lalu menyebabkannya sakit, sukar bergerak dan bengkak.

Asid urik?!

Ape pulak tu..
Asid urik ni terdapat dalam semua jenis makanan daripada haiwan dan purine dalam tumbuhan tetapi tahap kandungannya tak sama.

Asid urik yang berlebihan akan bertukar menjadi kristal dan berkumpul pada sendi menjadi gout atau dalam buah pinggang sebagai batu karang

Seelok-eloknya elakkan daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan, bayam, sayur kacang dan brokoli.
(Fuh jenuh sume takleh makan..)

Apa yang lebih unik jelasnya, wanita tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang masih tidak diketahui.
Sebenarnya, asid urik juga merupakan salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah tinggi dan kencing manis.
Jadi, sentiasa beringat! Makan bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan.

Whatsapp
012 3803643 sekarang utk detail lanjut