Saturday, April 11, 2015

Bila waktu yang sesuai untuk start buat stok EBM?



Menyusukan bayi ketika dalam tempoh berpantang memang seronok. 
Laju je susu badan  keluar mencurah-curah dan ibu boleh susukan anak pada bila-bila masa sahaja. 

Namun harus diingat! Bagi mommies yang akan kembali bekerja lepas cuti bersalin 60/90 hari, jangan buat-buat lupa pentingnya anda membuat persediaan untuk kembali bekerja.

Membuat stok susu ibu (EBM) adalah menda WAJIB yang mesti difikirkan oleh ibu bekerja. Jangan terlalu asyik menyusukan anak secara direct feeding sampaikan terlupa nak mengepam susu untuk stok EBM anda. Lainlah anda memang seorang WAHM/SAHM.

Sebaik-baiknya kan, ibu perlu mula mengepam susu untuk dibuat stok selepas tiga hari melahirkan bayi. Iye! 3 hari lepas bersalin dah boleh start buat stok, percayalah :)

Kalau nak senang kerja, tetapkan sesi untuk pam setiap 3 jam sekali.
Jangan terlampau risaukan susu takde kerana anak baru sahaja menyusu kerana sebenarnya susu lebih banyak diperoleh apabila dipam selepas anak menghisap susu ibu.

Bagaimanapun ada juga mommies yang tak buat apa-apa preparation pun nak buat stok ni. Maksudnya bila dah nak dekat sangat naik kerja, barulah nak start pam susu kerana selama tempoh berpantang langsung tu takde rasa nak buat stok pun. Masa tu mulelah kelam kelibut kan.

Relax! Sila bertenang. Jangan cepat sangat berputus asa untuk memberikan fm (formula milk) kepada baby anda. Ada jalan penyelesaiannya tetapi ibu mesti bersedia fizikal dan mental sbb agak perlu berkorban sedikit dari segi masa dan waktu rehat.

Persediaan seminggu sebelum kembali bekerja.

Pam kedua belah cik B setiap tiga jam sekali. 
Contohnya jika kita dapat 2 oz untuk setiap belah bermakna sudah ada 4 oz untuk satu sesi mengepam. 
Sekiranya kita mengepam sebanyak 5 kali sehari bermakna sudah ada 20 oz stok susu yang berjaya dikumpul sehari. Hebat kan?!

Amalkan rutin ni selama seminggu sebelum kembali bekerja. Hasilnya korang boleh mengumpul sebanyak 140 oz dalam masa seminggu (sekiranya jumlah susu yang dipam konsisten sama setiap kali mengepam). Gigih sangat demi anak yang tersayang kan..

Kebiasaannya bayi yang berusia dua hingga tiga bulan minum susu sebanyak 2 oz – 3 oz sehari sebanyak lima kali. 
Sekiranya anak anda minum 3 oz sehari bermakna anda perlu menyediakan sebanyak 15 oz sehari untuk stok susunya.
Untuk pengetahuan ibu, susu perahan boleh dicampur dalam masa 24 jam.
Tapi please make sure EBM yang nak dicampur tu berada dalam suhu sejuk yang sama ok. Kalau suhu tak sama, tak boleh mix kan.

Kemudian, simpan 3 oz sebotol untuk lima botol bagi stok sehari di rumah pengasuh.
Stok selebihnya korang simpan dalam bahagian dingin beku peti sejuk (belah atas or belah bawah : ikutla design fridge korang) dan pastikan korang pam dengan konsisten masa kat opis bagi membuat stok EBM terus bertambah. 
Contohnya, boleh pam pukul 11, lepas zuhur dan before balik kerja.

Paham tak setakat ni?
Kalau agak-agak masih blur, boleh refer dengan saya.
Jangan malu, jangan segan.

Kita sama-sama belajar, ilmu pun milik Allah. Baik kita berkongsi-kongsi kan?
Baru bahagia dunya akhirat.

No comments:

Post a Comment