Tuesday, January 27, 2015

Tingkatkan Kesuburan Lelaki Melalui Pemakanan


Bagi kaum Adam, pasti buntu memikirkan jika sudah masuk tahun ke-lima perkahwinan, tetapi masih belum ada tanda-tanda yang anda bakal mendapat cahayamata, tips yang saya kongsikan ini mungkin dapat membantu.

Selain pengambilan supplemen, anda juga mungkin boleh mencuba untuk mengambil makanan-makanan di bawah ini dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kesuburan.


1. Pisang

Pisang mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas. 

Ia merupakan enzim anti-inflamasi semulajadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu hormon seks lelaki. 

Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

2. Coklat

Nyum3!
Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. 

Coklat mengandungi L-arginine, sejenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sperma. 

Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. 

Pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

3. Bawang putih/garlic

Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. 

Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. Buah Delima

Delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA) sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. 

MDA ini juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma yang kurang berkualiti.

5. Daging merah

Daging mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma yang akan mengurangkan kualitinya. 

Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang mengakibatkan kekurangan nafsu syahwat. 

Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.

6. Kacang walnut

Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. 

Kacang walnut juga mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7. Sayur Bayam

Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. 

Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.

8. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. 

Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekuranganya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

9. Air

Cara paling senang saya rasa untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. 

Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma. 

Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas setiap hari.


Kredit : Majalah Wanita

InshaAllah, usaha selagi boleh ya..