Saturday, February 28, 2015

Sembuh dari Denggi dengan pengambilan Supplemen

 Sembuh dari Denggi dengan pengambilan Supplemen


Pengambilan supplemen sangatlah disyorkan kepada mereka yang diserang demam denggi.


Anda juga boleh mencuba suplemen tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. 
Performance Drinks Shaklee (539 gram) dapat membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. 
 
Ujian makmal menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:


  1. Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
  2. hidrasi
  3. Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
  4. kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul) 
  5. Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
    keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
 
Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh).
Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. 

TERBUKTI SECARA KLINIKAL:
 
1) Membantu tubuh berhidrasi dengan lebih baik berbanding air!
2) Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina (sila rujuk graf)
3) Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH ‘DEHYDRATE’
4) Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet yang ditambah
5) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari. Ia terdiri daripada campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Fungsi karbohidrat dalam PD ini membantu menggantikan semula tenaga yang hilang.



Disamping itu, pengambilan Nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. 

Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. 

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.
Memang solusi terbaik untuk demam denggi!


Berminat ? Sila sms/whatsapp di 012 3803643

Jom Rawat Denggi | Rawat tanpa Ubat

Masalah demam denggi ni dah makin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Risau sangat kalau anak-anak or suami kita dijangkiti demam denggi, lebih-lebih lagi ada berita baru-baru ini yang maklumkan, denggi sekarang boleh menyebabkan kerosakan hati dan otak.  Nauzubillah mintak dijauhkan. 


APA ITU DEMAM DENGGI
 
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. 

Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. 
Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. 
Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

 
KENALI TANDA-TANDA DIJANGKITI DEMAM DENGGI

  1. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  2. Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  3. Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  4. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  5. Muntah dan kurang selera makan 


BAGAIMANA CARA UNTUK MENCEGAH DENGGI?
 Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:


Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
 Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
 
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit. 

Jom kita baca antara petua untuk merawat demam denggi:

Minum air masak

Wajib minum air masak sebanyak yang boleh. Kalau kena tahan wad pun nanti doktor akan suruh jururawat masukkan air juga dalam badan juga.

Sup ketam

Tak kisahlah ketam nipah atau ketam laut. 
Masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam itu. Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platlet darah yang hilang akibat virus denggi. Sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.

Jus daun betik

Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Bancuh dengan segelas air dan minum. Rasanya memang pahit. Tapi nak sembuhkan? Pahit itu penawar sebenarnya.

Jus kurma

Blend kurma 10 - 20  biji bersama segelas air suam. Minumlah segelas pada waktu pagi, petang setiap hari sehingga sembuh.

Tembikai merah

Makan tembikai merah banyak-banyak. Wah! petua ni memang best. Siapa penggemar tembikai pasti sukakannya.


Di sini juga saya ingin kongsikan apa kata pakar nutrisi SHAKLEE kami mengenai cara untuk merawat denggi tanpa ubat.


Jika berminat untuk mendapatkan SET DENGGI ini, sila sms/ whatsapp saya di 0123803643

Terima kasih



              
Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.

Monday, February 23, 2015

Tips Elak Kaki Cramp sewaktu Hamil | Oh NO!


Masalah kejang kaki sewaktu hamil adalah normal bagi kebanyakan ibu. 

Dan kebiasaannya masalah ini dibiarkan begitu sahaja atau dalam makna lain, tahan ajelah sakit tu..

Di sini saya kongsikan antara tips untuk mengelak dari terkena kejang kaki.

Pemilihan kasut

Penggunaan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Dalam pada itu, gunakan juga stokin sokongan yang boleh membantu anda daripada mengalami kekejangan.

Saya masa pregnant dulu, cuma pakai 2 brand ni je..iaitu Crocs and Scholl

Memang sgt selesa, nak shopping lama-lama pun boleh je lagi, sebab kaki selesa.

Senaman regangan

Amalkan untuk membuat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh melakukannya dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan.

Banyakkan pergerakan

Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yang agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.

Bila di pejabat, elakkan drpd duduk terlalu lama.Ini boleh menyebabkan rasa kebas pada kaki anda.

Jalan-jalan di kawasan sekitar, lawat jiran cubicle sebelah sambil-sambil tanya khabar.

Suplemen kalsium

Amalkan pengambilan suplemen kalsium setiap hari. Sebaik-baiknya ambil suplemen ini sebelum waktu tidur.

Saya mengamalkan pengambilan ostematrix 4 biji sehari.

Memang rasa lebih bertenaga bila bangun pagi. Yang paling berbeza sekali, saya cuma kena simpul biawak sekali sahaja kalau nak banding masa pregnant anak pertama dulu.

Dan saya teruskan sampailah ketika dalam pantang. Oste ni sangat membantu untuk elakkan masalah sembelit. So semuanya lebih lawasss..

Tinggikan kaki

Alas kaki dengan bantal ketika tidur. Jadi anda dapat meninggikan paras kaki berbanding badan. 

 

Saturday, February 21, 2015

Darah Tinggi - Bagaimana untuk mengawalnya? | Pengedar Shaklee ShahAlam,KLCC, Nilai





Data di atas di ambil dr fb KKM sendiri.

Hypertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

Tekanan Darah
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal

Kategori

Sistolik

         Diastolik

Normal

           bawah 120

      dan

              bawah 80

Pre-hypertensi

              120 - 139

      atau

                  80-90

Hypertensi

         140 dan ke atas

      atau

         90 dan ke atas

Hypertensi sistolik

          160 dan ke atas

      dan

             bawah 90

Penyebab-penyebab
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & dan gejala
  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
  • Peningkatan mendadak tekanan darah
    • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
  • Tekanan darah tinggi berterusan.Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
    • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
    • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
    • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
    • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
    • otak- strok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan
Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
  • Rawatan tanpa ubatan
    • Anda perlu mengubah cara hidup seperti
      • Kurangkan pengambilan garam
      • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
      • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
      • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
      • Hindari stress
  • Rawatan Ubatan

Kesimpulannya, masalah darah tinggi ini jika tidak dikawal boleh membahayakan nyawa kita

Jadi, amalkanlah hidup yang sihat, kurangkan stress dan amalkan pengambilan supplement



Whatsapp 012.380.3643 untuk lebih info


Jom tengok video dari pengguna Shaklee yang berjaya kawal masalah darah tinggi beliau

Monday, February 02, 2015

Vitalea Shaklee : Apa Kegunaannya? | Pengedar Shaklee Shah Alam dan kawasan berdekatan

Promo Feb 2015

Kepelbagaian yang Menakjubkan

Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).
 Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.


Whatsapp 012.380.36.43


"Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet"