Sunday, January 11, 2015

Apa itu Muscadine Grape?

Muscadine grape ni antara bahan terpenting di dalam Vivix a.k.a Tonik Ajaib ini.

Di antara kelebihan anggur muscadine atau anggur muskat ni ialah :
  • Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom ( extra 1 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mempunyai 19 kromosom), dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi, membekalkan sejenis antipenuaan khas dan antioksidan terbaik.
  • Anggur ini mempunyai buah yang besar, lebih kurang 5cm diameternya. Rupanya seakan-akan sebiji plum dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, yakn sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria. kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah
  • Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).
  • Ia mempunyai 6 kali ganda kandungan resvaratrol lebih tinggi daripada anggur merah biasa. Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
  • Anggur muscadine mempunyai lebih banyak serat diet berbanding nasi atau bran oat
Menarik kan..



No comments:

Post a Comment