Saturday, January 31, 2015

Pengedar Shaklee Shah Alam/Nilai/KLCC : Ostematrix Shaklee

Hello February!

Sekejap je dah masuk bulan Februari kan..pejam celik-pejam celik, tahun 2015 ni dah berlalu 31 hari..

Apa yang kita dah accomplished agak2nya?

Saya punya impian belum lagi tercapai..tiap2 hari doa nak cepat kaya..haha..nak jadi WAHM by the time anak sulung masuk darjah 1..
Tak lama lagi je tu..kena kerja lebih keras ni!

So,untuk hari pertama dalam Februari ni, saya akan kongsi cerita pasal Ostematrix™ by Shaklee ni.

9 Golongan yang memerlukan Ostematrix Shaklee :


1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya.

2. Mereka yg allergy pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu.

3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum.

4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.

6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

7. Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki.

8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.

9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

Ostematrix


Harga sebotol Ostematrix Shaklee ini ialah RM61 untuk 120 biji kaplet mudah telan. 
Sajian harian yang disyorkan ialah 4 biji kaplet sehari.

Kenapa bayi baru lahir kerap menyusu..

Dilema ini sering dialami oleh ibu-ibu baru yang pastinya masih belum punya pengalaman untuk mengendalikan bayi baru anda..

Sama jugaklah macam saya dulu masa baru dapat anak..blur ya amat!
Kenapala budak ni asyik nak melekat je..
Mak pulak dah start sound "dia lapar tu.." "Tak cukup susu tu.."



Lagila ummi ni tak senang hati, gundah gulana jadiknya..

Tapi, berterima kasihla kepada en google, dah banyak info saya dapat..

So, hari ni saya nak kongsikanlah info yang saya dapat melalui bacaan..

Taukah anda,saiz perut bayi masa baru lahir sangat kecik..cute miut je..

Diumpamakan macam gambar di bawah ni..


Tak percaya ?

Dulu....


Saya pun tak percaya!

Ramai juga antara kita tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).

Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak banyak dan tidak mencukupi, dan kerana itu, mulalah datang idea nak bagi susu formula.
Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, seorang bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil. (Macam sayala dulu-dulu..kurang ilmu)
Sebab tulah, baby kerap menyusu dan kerap jugak membuang..hehehe
Mengetahui tentang itu, ‘badan ibu’ hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. 
Meh kita cuba bayangkan saiz perut baby yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4-5 kali ganda banyaknya. 
Sebenarnya, memang lebih dari cukup, betul tak?
Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi tak perlu wujud pun sepatutnya.
Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.Pernah tak, kita rasa anak kita masa direct feed punyalah menelan beria-ia macam banyak gila susu, tapi bila pam, sikit je yang keluar.
Jadi, saya syorkan jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.
Ibu-ibu semua perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada. Kalau tak, memang mudah sangat untuk kita putus asa!
Whatsapp 0123803643 untuk sebarang pertanyaan
        



Thursday, January 29, 2015

GLA SHAKLEE tingkatkan peluang untuk hamil

Frust, stress, sakit ati bila kawan opis, sahabat handai, makcik pakcik, jiran tetangga dok bz body tanya bila lagi..

Bila lagi nak ada anak..bila lagi nak menambah..

Sedangkan dah macam cara kita usahakan, but still tiada tanda macam kita ni hamil..

Saya amat menyarankan pengambilan GLA Complex ni khas untuk isteri-isteri di luar sana yang masih belum putus asa untuk mendapatkan cahayamata sendiri..

TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil

Tahukah anda, untuk menjamin kesuburan, seseorang wanita itu perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Itu tandanya waktu itu adalah waktu subur wanita itu. 

Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. 

So, untuk menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. 

Sekaligus secara tak langsung dapat membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. 

Selain itu, ia jugak membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari (wow!)

Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima..

Untuk kaum hawa di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda kena buang perasaan malu tu, ajaklah sang suami berjumpa doktor pakar bab ni dan dapatkan khidmat nasihat daripada mereka.

InshaAllah usaha puan-puan semua akan dirahmati dan mendapat keberkatan.


Tuesday, January 27, 2015

Tingkatkan Kesuburan Lelaki Melalui Pemakanan


Bagi kaum Adam, pasti buntu memikirkan jika sudah masuk tahun ke-lima perkahwinan, tetapi masih belum ada tanda-tanda yang anda bakal mendapat cahayamata, tips yang saya kongsikan ini mungkin dapat membantu.

Selain pengambilan supplemen, anda juga mungkin boleh mencuba untuk mengambil makanan-makanan di bawah ini dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kesuburan.


1. Pisang

Pisang mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas. 

Ia merupakan enzim anti-inflamasi semulajadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu hormon seks lelaki. 

Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

2. Coklat

Nyum3!
Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. 

Coklat mengandungi L-arginine, sejenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sperma. 

Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. 

Pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

3. Bawang putih/garlic

Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. 

Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. Buah Delima

Delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA) sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. 

MDA ini juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma yang kurang berkualiti.

5. Daging merah

Daging mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma yang akan mengurangkan kualitinya. 

Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang mengakibatkan kekurangan nafsu syahwat. 

Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.

6. Kacang walnut

Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. 

Kacang walnut juga mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7. Sayur Bayam

Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. 

Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.

8. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. 

Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekuranganya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

9. Air

Cara paling senang saya rasa untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. 

Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma. 

Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas setiap hari.


Kredit : Majalah Wanita

InshaAllah, usaha selagi boleh ya..


Sunday, January 25, 2015

Kebaikan Alfalfa Shaklee..

Salam sayang..

Hari ini saya akan kongsikan kebaikan Alfalfa untuk yang kaum wanita.

Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak

Alfalfa dapat membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium jadi, bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu untuk MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Merupakan supplement penting untuk meningkatkan penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Ia turut membantu dalam memekatkan susu.

Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada customer yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan menghantar isyarat kepada badan kita untuk menghasilkan susu.

Notakaki:
(Maksimum pengambilan Alfalfa Shaklee ialah 10 biji sehari)
Di sini saya ingin tekankan, supaya haruslah difahamkan bawa konsep asas penyusuan hendaklah diteruskan, bukan hanya 100% bersandarkan harapan dengan pengambilan alfalfa semata-mata.


Relax kejap..hihi

Selain itu, alfalfa turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, secara tidak langsung mengelakkan bayi daripada  mengalami masalah kembung perut.

Untuk kaum wanita secara umumnya pula ia sangat baik untuk kesihatan dalaman, merawat masalah keputihan, melancarkan kitaran haid, memulihkan urat selepas bersalin. 

Alfalfa ini mengandungi phytoestrogens yang juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka membantu dalam “hubungan intim” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran cik B..
Ahaa..menarik tak? 



Alfalfa S - 330 biji RM 53.75
Alfalfa L - 700 biji RM 97.50

Jika berminat, sila whatsapp/sms saya di 012-3803643

Dapatkan harga jauh lebih murah, dengan mendaftar menjadi ahli 

Terima kasih


Jumpa lagi di entry akan datang :)

Friday, January 23, 2015

Set Berpantang SHAKLEE

Kali ini, sy nak kongsikan set bersalin (pantang) SHAKLEE..
Saya guna set ni masa anak no2, masa anak no1 mmg lgsg tak kenal Shaklee ni lagi..rugi betull..

Ok utk pengetahuan semua, set ni boleh diambil seawal hari pertama selepas melahirkan anak dan masih boleh continue walaupun baby kena jaundis. 
Ini kerana produk Shaklee ni bukan mcm jamu yg melambak di pasaran sekarang..
Set ini jugak boleh diambil oleh mommy yg bersalin normal mahupun yg operate..

Berkesan ke?
Mestilah! Produk Shaklee kan terkenal dgn "always safe,always works,always green"
I am a satisfied customer sebab tu sy berani kongsikan kebaikan dgn semua sahabat di luar sana..





Apakah Khasiat dalam Vitamin-Vitamin set ini?

1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal & mental kepada ibu kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu. 
  • Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah.
  • Sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.
2.  Vitamin B-Complex
  • Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang.
  • Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.  
3.  Vitamin C Sustained Release
  • Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian. 
  • Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin. 
  • Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Kekal cun wpun ketika berpantang!
  • Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema supaya ibu boleh fokus utk menjaga bayi yg baru lahir.
4. Zinc
  • Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut.
  • Di samping itu, zinc membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.
Saya mmg syorkan semua suplemen di atas kepada ibu-ibu semasa menjalani proses berpantang. 


Tetapi..





Jika ada bajet yang lebih, saya sangatlah menggalakkan mommy semua untuk mengambil ESP Soy Protein Isolate Powder, Alfalfa dan Ostematrix sebagai suplemen tambahan.


Khasiat supplemen ini pula ialah:

Ostematrix
  • Pengambilan Ostematrix/kalsium Shaklee sgt membantu masalah sembelit. 
  • Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang.
  • Selain itu, Ostematrix membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak. 
  • Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.
ESP - Energising Soy Protein Isolate Powder
  • Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang. 
Alfalfa
  • Raja segala tumbuhan
  • Membantu meningkatkan imunisasi
  • Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.
  • Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu
Utk maklumat lanjut,
Boleh whatsapp saya di 012 3803643
Utk harga lebih murah, dgn beza 20-30-%
Jom join sebagai ahli Shaklee.
   




Friday, January 16, 2015

Apa yang best kat Penang?

Misi moh cuti2 di Penang





Dah lama kami x ronda Penang, last pi sana masa wedding bff terchenta..

La ni nak pi bawak anak2 naik feri..makan pasemboq..makan nasik kandaq..
Seronok sungguh laaaa..xsabaq!

Tapi ni nak mintak suggestionla kat kawan2 semua, mana lagi tempat best kt Penang tu..
Hotel mana yg ok, affordable dan sesuai utk kami anak beranak..

Tmpt makan mana yang sedap,dijamin halal,dan pasti teringat2 sampai ke KL?

Kat mana leh beli jeruk yg murah, sedap? 

Ahaaa so,kengkawan please please suggestkan ek..

Leh kami guna buat rujukan, inshaAllah

PS : promo vitale, vivix and alfalfa masih berlangsung..

Sunday, January 11, 2015

Apa itu Muscadine Grape?

Muscadine grape ni antara bahan terpenting di dalam Vivix a.k.a Tonik Ajaib ini.

Di antara kelebihan anggur muscadine atau anggur muskat ni ialah :
  • Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom ( extra 1 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mempunyai 19 kromosom), dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi, membekalkan sejenis antipenuaan khas dan antioksidan terbaik.
  • Anggur ini mempunyai buah yang besar, lebih kurang 5cm diameternya. Rupanya seakan-akan sebiji plum dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, yakn sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria. kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah
  • Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).
  • Ia mempunyai 6 kali ganda kandungan resvaratrol lebih tinggi daripada anggur merah biasa. Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
  • Anggur muscadine mempunyai lebih banyak serat diet berbanding nasi atau bran oat
Menarik kan..



Thursday, January 08, 2015

Warehouse Sale SOGO

Jumaat kembali lagi..

Hari ni iols bawak diri menshoppingkan diri kat Sogo..
Hehe..hobi seluruh kaum Hawa waktu rehat hari Jumaat..

Ada warehouse sale hari ni..seronok cuci mata..hihi

Iols ape lg rembat baju utk hero2 kat rumah tulaaa..nak beli baju utk heroin lom ada rezeki lagi..doakan yek!

Lepas tu,tapau yong taufu..dgn sisters crispy popiah kat foodcourt SOGO tu..

On time,kena zasss cepat balik opis..takut rimau mengaum nanti kalau lewat sampai opis..

Ni iols dok dlm taxi..dengar pakcik taxi membebel ni haa..

Nak tgok muka pakcik tak?

Jeng jeng jeng..


Pakcik HBB 470 peramah betul..

Terima kasih menghiburkan kami ye :)

Rezeki pagi Jumaat

Alhamdulillah Jumaat yg barakah

Pagi pagi bos belanja ole2 dr Mekah
Terima kasih!
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..

Dapat merasa minum air zam2..nyum3!


Wednesday, January 07, 2015

Golongan Muda pun boleh..

Vivix bukan utk golongan berusia sahaja..
Lelaki perempuan pun boleh je join amik vivix ni..

Kali ni saya nak share testimoni utk penggunaan vivix bagi anti kanser

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak input yg diperlukan, inshaAllah



Lelaki Susah Makan Supplement, kenapa dan mengapa Part 2



Seperti dijanjikan, inilah video yang saya janjikan..
Suami mengalami masalah soft tissue injury..
Mengambil VIVIX,AJHT dan ostematrix utk kembali memulihkan sel

KRIM AJAIB - HERBALBLEND SHAKLEE

          Setiap penyakit pasti ada penawarnya..

             Hari ni saya nak share mengenai sejenis krim ni..
Kebiasaanya masalah ini dihadapi oleh ibu² yg menyusukan anak secara ekslusif, especially sewaktu berpantang..
Ruam susu selalu akan muncul kat muka anak² kita yang comey lote tu...kesian baby
Anak saya pun macam tu juga, abes kedua² belah pipi dipenuhi ruam susu, and apa yg tambah sedih ialah, kulit dia jadik tak sama kaler..sian anakandaku..
So saya pun apply cream ni kt baby saya..alhamdulillah ! Berkesan tu…

Herbalblend cream keluaran SHAKLEE ni adalah multipurpose cream..sbb tulah ianya digelar krim ajaib!
Selain anak-anak, kita sendiri pun boleh guna..
Antara kegunaannya ialah:
  • ·         Masalah eczema
  • ·         Ruam susu
  • ·         Ruam lampin
  • ·         Menyelesaikan masalah kulit gatal
  • ·         Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
  • ·         Menghilangkan parut termasuk campak/chicken pox
  • ·         Sebagai losyen utk kegunaan harian
  • Kelebihan HERBALBLEND cream ni, ianya :
  •   Sangat dingin pada kulit
  •   Ekstrak herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  •   Mudah resap
  •   Mudah digunakan
  • Mudah dibawa ke mana saja
  • Sesuai utk semua golongan
  •   Dijamin berkesan
  •   Halal
  •   Tanpa steroid


Berminat?
Sms/whatsapp 012 3803643
  Ita Mushahar