Monday, February 23, 2015

Tips Elak Kaki Cramp sewaktu Hamil | Oh NO!


Masalah kejang kaki sewaktu hamil adalah normal bagi kebanyakan ibu. 

Dan kebiasaannya masalah ini dibiarkan begitu sahaja atau dalam makna lain, tahan ajelah sakit tu..

Di sini saya kongsikan antara tips untuk mengelak dari terkena kejang kaki.

Pemilihan kasut

Penggunaan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Dalam pada itu, gunakan juga stokin sokongan yang boleh membantu anda daripada mengalami kekejangan.

Saya masa pregnant dulu, cuma pakai 2 brand ni je..iaitu Crocs and Scholl

Memang sgt selesa, nak shopping lama-lama pun boleh je lagi, sebab kaki selesa.

Senaman regangan

Amalkan untuk membuat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh melakukannya dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan.

Banyakkan pergerakan

Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yang agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.

Bila di pejabat, elakkan drpd duduk terlalu lama.Ini boleh menyebabkan rasa kebas pada kaki anda.

Jalan-jalan di kawasan sekitar, lawat jiran cubicle sebelah sambil-sambil tanya khabar.

Suplemen kalsium

Amalkan pengambilan suplemen kalsium setiap hari. Sebaik-baiknya ambil suplemen ini sebelum waktu tidur.

Saya mengamalkan pengambilan ostematrix 4 biji sehari.

Memang rasa lebih bertenaga bila bangun pagi. Yang paling berbeza sekali, saya cuma kena simpul biawak sekali sahaja kalau nak banding masa pregnant anak pertama dulu.

Dan saya teruskan sampailah ketika dalam pantang. Oste ni sangat membantu untuk elakkan masalah sembelit. So semuanya lebih lawasss..

Tinggikan kaki

Alas kaki dengan bantal ketika tidur. Jadi anda dapat meninggikan paras kaki berbanding badan. 

 

No comments:

Post a Comment