Saturday, January 31, 2015

Kenapa bayi baru lahir kerap menyusu..

Dilema ini sering dialami oleh ibu-ibu baru yang pastinya masih belum punya pengalaman untuk mengendalikan bayi baru anda..

Sama jugaklah macam saya dulu masa baru dapat anak..blur ya amat!
Kenapala budak ni asyik nak melekat je..
Mak pulak dah start sound "dia lapar tu.." "Tak cukup susu tu.."



Lagila ummi ni tak senang hati, gundah gulana jadiknya..

Tapi, berterima kasihla kepada en google, dah banyak info saya dapat..

So, hari ni saya nak kongsikanlah info yang saya dapat melalui bacaan..

Taukah anda,saiz perut bayi masa baru lahir sangat kecik..cute miut je..

Diumpamakan macam gambar di bawah ni..


Tak percaya ?

Dulu....


Saya pun tak percaya!

Ramai juga antara kita tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).

Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak banyak dan tidak mencukupi, dan kerana itu, mulalah datang idea nak bagi susu formula.
Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, seorang bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil. (Macam sayala dulu-dulu..kurang ilmu)
Sebab tulah, baby kerap menyusu dan kerap jugak membuang..hehehe
Mengetahui tentang itu, ‘badan ibu’ hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. 
Meh kita cuba bayangkan saiz perut baby yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4-5 kali ganda banyaknya. 
Sebenarnya, memang lebih dari cukup, betul tak?
Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi tak perlu wujud pun sepatutnya.
Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.Pernah tak, kita rasa anak kita masa direct feed punyalah menelan beria-ia macam banyak gila susu, tapi bila pam, sikit je yang keluar.
Jadi, saya syorkan jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.
Ibu-ibu semua perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada. Kalau tak, memang mudah sangat untuk kita putus asa!
Whatsapp 0123803643 untuk sebarang pertanyaan
        



No comments:

Post a Comment