Saturday, February 28, 2015

Jom Rawat Denggi | Rawat tanpa Ubat

Masalah demam denggi ni dah makin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Risau sangat kalau anak-anak or suami kita dijangkiti demam denggi, lebih-lebih lagi ada berita baru-baru ini yang maklumkan, denggi sekarang boleh menyebabkan kerosakan hati dan otak.  Nauzubillah mintak dijauhkan. 


APA ITU DEMAM DENGGI
 
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. 

Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. 
Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. 
Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

 
KENALI TANDA-TANDA DIJANGKITI DEMAM DENGGI

  1. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  2. Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  3. Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  4. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  5. Muntah dan kurang selera makan 


BAGAIMANA CARA UNTUK MENCEGAH DENGGI?
 Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:


Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
 Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
 
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit. 

Jom kita baca antara petua untuk merawat demam denggi:

Minum air masak

Wajib minum air masak sebanyak yang boleh. Kalau kena tahan wad pun nanti doktor akan suruh jururawat masukkan air juga dalam badan juga.

Sup ketam

Tak kisahlah ketam nipah atau ketam laut. 
Masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam itu. Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platlet darah yang hilang akibat virus denggi. Sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.

Jus daun betik

Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Bancuh dengan segelas air dan minum. Rasanya memang pahit. Tapi nak sembuhkan? Pahit itu penawar sebenarnya.

Jus kurma

Blend kurma 10 - 20  biji bersama segelas air suam. Minumlah segelas pada waktu pagi, petang setiap hari sehingga sembuh.

Tembikai merah

Makan tembikai merah banyak-banyak. Wah! petua ni memang best. Siapa penggemar tembikai pasti sukakannya.


Di sini juga saya ingin kongsikan apa kata pakar nutrisi SHAKLEE kami mengenai cara untuk merawat denggi tanpa ubat.


Jika berminat untuk mendapatkan SET DENGGI ini, sila sms/ whatsapp saya di 0123803643

Terima kasih



              
Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.

No comments:

Post a Comment